| Lebih-kurang -3000 | Pembinaan Stonehenge |
| Lebih-kurang -280 | Aristarchus dari Samos telah mencadangkan bahawa Bumi berputar mengelilingi Matahari. Beliau juga telah memberi ukuran pertama kejauhan antara Bumi dan Matahari |
| Lebih-kurang -240 | Eratosthene telah membuat ukuran lilitan Bumi |
| Lebih-kurang -130 | Hipparchus telah menerbitkan katalog bintang-bintang cerah yang pertama. |
| Lebih-kurang 140 | Ptolemy telah mencadangkan satu rangka yang meletakkan Bumi di pertengahan alam semesta dan planet-planet bergerak mengelilinginya secara episikloid |
| 825 | Pencipta algebra bernama Al-Khwarizmi telah menerbitkan carta astronomi di Baghdad |
| 829 | Khalifah Al-Mamun telah mengasaskan tapak balai cerapan Baghdad |
| 833 | Al-Farghani yang berbangsa Farsi telah menerbitkan Unsur-unsur astronomi, yang kemudiannya menjadi terkenal di Eropah dalam kurun ke 12 |
| 900 | Pakar astronomi arab Al-Battani telah memperkenalkan cara ukuran trigonometri dalam mengkaji sfera selestial |
| 994 | Al-Khujandi telah membina sextant dinding di balai cerapan Ray berdekatan dengan Tehran dan mengukur kecondongan dataran ekliptik |
| Lebih-kurang 1020 | Al-Biruni, yang berasal di Asia Tengah, telah memperbaiki ukuran jejari Bumi |
| 1054 | Pakar-pakar astronomi cina telah mencerapi supernova Crab |
| Lebih-kurang 1075 | Omar Khayyam yang berbangsa Farsi telah mengukur dengan akuratnya jangka-masa setahun |
| 1543 | Copernicus telah menerbitkan Revolutionibus orbium coelestium di mana beliau mencadangkan bahawa Matahari terletak di pusat alam semesta dan bukan Bumi |
| 1572 | Tycho Brahe telah mencerapi satu supernova di langit dan menghapus satu konsep langit yang tidak berubah |
| 1576 | Tycho Brahe telah terlibat dalam pembinaan balai cerapan Uranieborg |
| 1577 | Tycho Brahe telah mencerapi pergerakan komet dan lalu mempastikan yang langit sentiasa berubah |
| 1582 | Pop Gregory XIII telah memperkenalkan kalendar Gregorian |
| 1596 | David Fabricius telah mendapati bahawa kecerahan sinaran bintang Mira adalah tidak tetap |
| 1608 | Hans Lippershey telah mencipta teropong |
| 1609 | Johannes Kepler telah memperkenalkan dua hukum mengenai pergerakan planet-planet dalam Astronomia Nova |
| 1610 | Galileo menghalakan teropongnya ke langit dan telah mendedahkan bentuk jelas permukaan bulan, satelit-satelit Musytari dan beberapa bintang-bintang di Bima Sakti |
| 1619 | Johannes Kepler telah menerbitkan hukum ke tiga keatas pergerakan planet-planet di dalam Harmonices mundi |
| 1632 | Galileo telah menerbitkan Dialogo Sopra I Due Massimi Systemi Del Mondo dimana beliau membandingkan teori-teori Ptolemy dan Copernicus |
| 1656 | Christiaan Huygens telah menerangkan rupa-bentuk gegelang-gegelang Zuhal |
| 1671 | Isaac Newton telah mencipta teleskop yang pertama |
| 1672 | Geminiano Montanari telah mendapati bahawa cahaya sinaran bintang Algol sentiasa berubah |
| 1675 | Jean-Dominique Cassini telah mendapati satu renggang di dalam gegelang-gegelang Zuhal |
| 1676 | Olaüs Römer telah mengukur kelajuan cahaya hasil cerapan satelit-satelit Musytari |
| 1687 | Isaac Newton telah menerbitkan teorinya mengenai graviti universal di dalam Philosophiae Naturalis Principia Mathematica |