| 1905 | Albert Einstein telah memperkenalkan teori relativiti terhad |
| 1910 | Ejnar Hertzsprung and Henry Russell telah mendapati hubungan antara kecerahan sinaran bintang-bintang dengan jenis spektranya |
| 1912 | Henrietta Leavitt telah menemui kaitan tempoh-kecerahan bintang-bintang cepheids |
| 1915 | Albert Einstein telah menerbitkan satu teori relativiti umum |
| 1917 | Vesto Slipher menganalisi spektra galaksi-galaksi terdekat dan mendapati bahawa kebanyakannya bergerak menjauhi kita |
| 1918 | Harlow Shapley telah mengasaskan pencerapan bintang-bintang cepheid di dalam kumpulan globular untuk mengukur saiz sebenar Bimasakti dan kedudukan pusatnya; Perbinaan teleskop 2.5 meter di balai cerapan Mount Wilson |
| 1924 | Edwin Hubble telah mengenalpasti bintang-bintang cepheids di dalam galaksi Andromeda dan menetapkan semula skala jarak extragalaktik; Arthur Eddington telah mengumumkan kaitan antara jisim dan kecerahan sinaran bintang-bintang dalam main sequence |
| 1929 | Edwin Hubble telah menemui hukum mengenai perkembangan alam semesta yang mengambil namanya; George Gamow mencadangkan reaksi pelakuran (fusion) hidrogen mengeluarkan tenaga dari bintang-bintang |
| 1930 | Clyde Tombaugh telah menemui Pluto |
| 1931 | Karl Jansky telah mengesani pancaran radio berasal dari luar bumi |
| 1938 | Hans Bethe, Carl von Weizsäcker dan Charles Critchfield telah mengenalpasti beberapa reaksi pelakuran (fusion) yang berlaku di dalam bintang-bintang |
| 1946 | Pancaran radio yang pertama berasal dari luar Bima Sakti telah dikesan |
| 1948 | Ralph Alpher, George Gamow dan Robert Herman telah mencipta konsep Big Bang dan mencadangkan keujudan radiasi latarbelakang kosmik |
| 1949 | Bermulanya pembinaan teleskop 5 meter di balai cerapan Mount Palomar |
| 1957 | Perlancaran Sputnik 1, satelit artifisial pertama |
| 1958 | Jan Oort telah mencipta satu carta struktur spiral Bima Sakti hasil cerapan pancaran radio |
| 1959 | Luna 1 menjadi kapal-angkasa pertama meninggalkan Bumi |
| 1960 | Allan Sandage dan Thomas Matthews telah menemui quasar-quasar |
| 1961 | Sheldon Glashow telah memperkenalkan teori elektro-lemah |
| 1962 | Mariner 2 merupakan kapal-angkasa pertama yang menerbang-lintas planet Zuhrah |
| 1963 | Maarten Schmidt telah mendapati bahawa quasar-quasar adalah objek-objek yang amat jauh |
| 1964 | Murray Gell-Mann dan George Zweig telah mencadangkan secara tersendiri keujudan partikel asas quarks |
| 1965 | Mariner 4 merupakan kapal-angkasa pertama yang pernah menerbang-lintas planet Marikh; Arno Penzias dan Robert Wilson telah menemui radiasi latarbelakang kosmik |
| 1967 | Jocelyn Bell dan Anthony Hewish telah menemui pulsar-pulsar |
| 1969 | Neil Armstrong dan Edwin Aldrin telah mendarat di permukaan Bulan |
| 1973 | Terbang-lintas Musytari yang pertama oleh Pioneer 10 |
| 1974 | Terbang-lintas Utarid yang pertama oleh Mariner 10 |
| 1978 | Penemuan satelit Pluto, Charon |
| 1979 | Terbang-lintas Zuhal yang pertama oleh Pioneer 11; Penemuan gravitational lens buat pertama kali |
| 1981 | Alan Guth telah memperkenalkan teori inflasi |
| 1986 | Terbang-lintas Uranus pertama oleh Voyager 2; Terbang-lintas komet Halley oleh beberapa kapal-angkasa |
| 1987 | Letupan supernova berdekatan dengan Large Magellanic Cloud |
| 1989 | Terbang-lintas Neptun yang pertama oleh Voyager 2 |
| 1990 | Pelancaran teleskop-angkasa Hubble |
| 1995 | Kapal-angkasa Galileo telah sampai di orbit mengelilingi Musytari; Penemuan planet pertama di luar sistem suria |
| 1998 | Dua kumpulan telah mengumumkan bahawa perkembangan alam semesta adalah pada tahap kelajuan penuh |
| 2003 | Satellit WMAP telah menghasilkan satu ukuran radiasi latarbelakang kosmik yang lebih akurat dan ukuran umur alam semesta |
| 2004 | Pengorbit Mars Express, rover Spirit and Opportunity telah memulakan kajian keatas planet Marikh; Kapal-angkasa Cassini telah sampai di orbit mengelilingi Zuhal |
| 2005 | Probe Huygens telah mendarat di permukaan satelit Titan |