| 1705 | Edmond Halley telah menjangka kepulangan kometnya dalam tahun 1758 |
| 1718 | Edmond Halley telah membandingkan ukuran kedudukan bintangnya dengan ukuran Ptolemy dan mendapati pergerakan bintang-bintang tertentu |
| 1758 | Johann Palitzsch telah mencerapi komet Halley seperti yang dijangkakan |
| 1781 | William Herschel telah membuat penemuan keatas Uranus; Charles Messier menerbitkan satu katalog nebula |
| 1782 | John Goodricke telah mendapati bahawa perubahan kecerahan bintang Algol yang agak berkala dan menerangkan bahawa ini adalah disebabkan oleh pergerakan berkala sesuatu objek gelap mengelilinginya |
| 1784 | Edward Piggot telah menemui bintang cepheid yang pertama |
| 1796 | Pierre-Simon de Laplace telah mencadangkan teori pembentukan sistem suria |
| 1800 | William Herschel telah menemui sinaran infra-merah |
| 1801 | Giuseppe Piazzi telah menemui asteroid yang pertama, Ceres |
| 1814 | Joseph von Fraunhofer telah mengesani garisan-garisan hitam didalam spektra cahaya Matahari |
| 1838 | Friedrich Bessel, Friedrich Struve and Thomas Henderson telah mengukur parallax dari bintang 61 Cygni, Vega dan Alpha Centauri |
| 1842 | Christian Doppler telah mendapati kesan efek Doppler keatas bunyi |
| 1843 | Samuel Heinrich Schwabe telah menerangkan kitaran bintik-bintik Matahari |
| 1844 | Friedrich Bessel telah menerangkan bahawa ayunan bintang Sirius dan Procyon adalah akibat tarikan graviti kembarnya dalam orbit |
| 1846 | Johann Gottfried Galle telah menemui planet Neptun melalui jangkaan matematik oleh Urbain Le Verrier |
| 1848 | Armand Fizeau telah mendapati bahawa efek Doppler juga mempengaruhi cahaya |
| 1859 | Gustav Kirchhoff and Robert Bunsen telah mendapati bahawak setiap satu komposisi kimia mengeluarkan satu spektra yang unik |
| 1863 | William Huggins mula menggunakan analisis spektral untuk mengkaji komposisi kimia bintang-bintang |
| 1864 | James Clerk Maxwell telah menerbitkan teorinya keatas bidang elektromagnetik |
| 1868 | Pierre Jules César Janssen and Norman Lockyer telah mencerapi prominen Matahari dan mendapati satu unsur baru di dalam spektra Matahari iaitu Helium |
| 1872 | Henry Draper telah mengambil satu gambar pertama keatas spektra bintang Vega |
| 1877 | Asaph Hall telah menemui 2 satelit-satelit Marikh iaitu Phobos dan Deimos |
| 1878 | Giovanni Schiaparelli telah mencerapi kesan paritan lama di permukaan Marikh |
| 1895 | Wilhelm Röntgen telah menemui sinar-X buat pertama kali |